Filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari dan Heliza AF berjaya memungut RM2.5 juta dan menjadi filem komedi romantik paling banyak kutipannya selepas Cinta (Khabir Bhatia, RM2 juta) untuk tempoh 5 tahun kebelakangan ini.
Perkara ini dinyatakan produser David Teo yang menganggap ia satu kejayaan kepada Metrowealth Movies dan semua krew serta pelakon Syurga Cinta arahan Ahmad Idham itu.
"Saya gembira dengan sokongan penonton yang rata-rata berpuas hati dengan filem ini. Ia satu kejayaan kepada kami dan memberi semangat untuk menerbitkan filem yang lebih bermutu. Ia juga memberi petanda yang baik bahawa filem yang tiada sentuhan fizikal antara hero dan heroin pun masih boleh diterima ramai.
"Mesej dakwah yang disampaikan dalam bentuk santai dengan ringan itu nyata memberikan kesan," kata David yang juga pencetus asal konsep cerita cinta itu.
Selepas versi filem, Metrowealth sedang menghasilkan Syurga Cinta untuk versi drama TV pula tetapi menukarkan beberapa watak utamanya.
0 comments:
Post a Comment