Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

ice age 3



Pengarah: Carlos Saldanha
Penulis: Michael Berg, Peter Ackerman dan Yoni Brenner
Pelakon (Suara): Ray Romano, Queen Latifah, Denis Leary, John Leguizamo, Seann William Scott, Josh Peck, Simon Pegg, Chris Wedge
Genre: Animasi, komedi, aksi
Tayangan Umum: Mulai 1 Julai 2009



Kisah Scrat yang masih lagi begitu bersungguh-sungguh memburu sebiji buah oak dengan seekor tupai betina, Scratte, sudah cukup menghiburkan seluruh penonton. Perebutan sengit antara mereka menjurus kepada bibit-bibit cinta di akhir cerita ini.

Seperti semua siri, Ice Age, Ice Age: The Meltdown menyaksikan watak nakal Sid (suara John Leguizamo) yang paling kelakar. Kali ini dia berangan pula menjadi ibu kepada 3 ekor bayi dinosaur selepas melihat kawan akrabnya pasangan Mammoth - Manny (Ray Romano) dan Ellie (Queen Latifah) sedang berbahagia menanti kelahiran anak sulung mereka.

Sid yang berazam memiliki keluarga sendiri akhirnya mencapai impian itu apabila dia terjatuh ke dalam sebuah lubang salji dan menemui 3 biji telur dinosaur. Dia memutuskan untuk menjaga telur itu sehinggalah ia menetas.

Di sinilah bermula kisahnya, ibu dinosaur itu yang begitu marah bertindak ganas mencari 3 anaknya tadi. Setelah menjumpai mereka, ibu dinosaur tadi terus menggonggong anak-anaknya termasuk sekali dengan Sid, lalu membawa mereka ke dalam hutan belantara zaman purba yang jauh di bawah perut bumi.

Seperti dinyatakan, watak Sid memang lucu. Suara dan rupanya sudah cukup untuk membuatkan kita ketawa. Di samping dialog dan babak mencuit hati, ada masanya kita rasa sedih dengan babak-babak yang dipaparkan dalam filem ini. Kesan bunyi dan visualnya juga banyak membantu.

Pasti penonton tidak akan bosan menyaksikan bagaimana usaha Manny, Ellie, Diego (Denis Leary) serta Crash & Eddie (Seann William Scott & Josh Peck) yang cuba menyelamatkan Sid. Berlaku pelbagai insiden kelakar seperti mereka disampuk 'penyakit ketawa' dengan tone suara bertukar sewaktu melintasi satu jurang berbahaya di dalam gua.

Namun misi pencarian itu kemudiannya telah dibantu oleh seekor cerpelai bermata satu, Buck (Simon Pegg) yang tangkas, bijak dan gagah. Dalam pengembaraan itu, mereka seterusnya terpaksa berdepan dengan seekor lagi dinosaur terbesar yang paling ditakuti oleh semua hidupan di belantara itu.

Jadi apa tunggu lagi, filem ini pasti pasti menjadi terapi kepada yang bermasalah buat seketika. Bagaimanapun, penulis menasihatkan penonton agar membuang air dulu sebelum masuk ke pawagam menontonnya.

wayang terbaru!!

Filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari dan Heliza AF berjaya memungut RM2.5 juta dan menjadi filem komedi romantik paling banyak kutipannya selepas Cinta (Khabir Bhatia, RM2 juta) untuk tempoh 5 tahun kebelakangan ini.


Perkara ini dinyatakan produser David Teo yang menganggap ia satu kejayaan kepada Metrowealth Movies dan semua krew serta pelakon Syurga Cinta arahan Ahmad Idham itu.


"Saya gembira dengan sokongan penonton yang rata-rata berpuas hati dengan filem ini. Ia satu kejayaan kepada kami dan memberi semangat untuk menerbitkan filem yang lebih bermutu. Ia juga memberi petanda yang baik bahawa filem yang tiada sentuhan fizikal antara hero dan heroin pun masih boleh diterima ramai.

"Mesej dakwah yang disampaikan dalam bentuk santai dengan ringan itu nyata memberikan kesan," kata David yang juga pencetus asal konsep cerita cinta itu.

Selepas versi filem, Metrowealth sedang menghasilkan Syurga Cinta untuk versi drama TV pula tetapi menukarkan beberapa watak utamanya.